Selasa, 31 Mei 2011

metabolisma

makeup terbaru dari Aima Fauzie and Eltyqah Ghazali

 

wajah hantu seakan2 hantu kak limah. inilah hasil kerja dari aima fauzi dan atikah ghazali
lokasi : putrajaya kuala lumpur.
tarikh 29/5/2011
jam : 7:30 mlm

Kawal Berat Badan Untuk Mencapai Indeks Jisim Badan Yang Betul

berazam untuk mengurangkan berat badan anda secara beransur-ansur, lebih kurang setengah kilogram seminggu iaitu bersamaan 3500 kalori seminggu atau 500 kalori sehari. kurangkan 500 kalori sehari dengan mengubahsuai serta mengawal makanan anda dan juga bersenam..

Amalan Pemakanan Yang Sihat

  1. makan pelbagai jenis makanan berpndukan piramid makanan.
  2. imbangan makanan yang dimakan dengan aktiviti fizikal.
  3. makan ikut keperluan.
  4. lebihkan memakan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan kekacang untuk menambah pengambilan serat.
  5. kurangkan pengambilan lemak.
  6. banyakkan meminum air.
  7. makan makanan yang bersih dan selamat.
  8. kurangkan pengambilan gula dan garam.

Nutrisi dan Pengeluaran makanan

DEFINISI NUTRIEN

Makanan, Zat makanan, dan Fungsi :

Makanan mengandungi tenaga, zat makanan dan komponen-komponen lain yang memberi kesan kepada kesihatan . Badan memerlukan tenaga dan zat makanan yang penting sebab badan tidak dapat mengeluarkan sendiri dan mesti diambil dari makanan. ada lebih 40 zat makanan yang diperlukan dalam enam jenis zat makanan utama iaitu karbohidrat, lemak, protein, vitamin, garam galian dan air. setiap nutrien berfungsi secara spesifik dalam badan, gabungan kesemua nutrien adalah perlu untuk penjagaan kecantikan.

SaYa SuKa BiDaNg KeCaNtIkAn DaN kEsIhAtAn KeRaNa.....

Saya telah mengambil subjek ini dari saya tingkatan 4 lagi. Pada asalnya saya memang tidak suka tentang kecantikan kerana bagi saya pada masa itu kecantikan ini merimaskan saya, dan dengan izin-Nya 'maybe' inilah yang yang tertulis untuk saya bekerja dalam kerjaya ini pada masa akan datang. Saya bersyukur kerana selepas saya mula belajar tentang kecantikan, saya berjaya melanjutkan pelajaran saya ke tahap Diploma dan kini saya sedang menyambung pelajaran di Geomatika College International. Saya sangat suka mendandan diri saya sendiri dan saya suka pada kesihatan ini kerana saya berazam ingin menurunkan berat badan saya. Kecantikan dan Kesihatan adalah milik setiap insan dan menjadi mahkota setiap wanita. Bidang ini telah mengajar saya dalam banyak pekara terutamanya dalam segi kesihatan dan penampilan diri saya. Dulu saya kelihatan 'buruk' dan kini alhamdulillah saya sudah kelihatan berbeza daripada dulu.






Saya Sayang Geomatika College International

ABOUT ME!!



Saya Nur Hamizah Hamzah, berusia 21thn menetap di Melaka. Saya dilahirkan di Hospital Muar, Johor. Sek.Keb.Merlimau adalah tempat permulaan saya belajar, berpindah ke Sek.Keb.Ayer Barok, Jasin dan berpindah lagi ke Sek.Keb.Ayer Keroh, Melaka. kemudian menyambung pelajaran di Sek.Men.Keb. Bukit Baru, Melaka dan mengambil Kursus Persolekan dan Dandanan Rambut ketika Tingkatan 4&5. Kemudian saya menyambung pelajaran di Kolej Komuniti Kota, Melaka saya telah mengambil kursus yang sama dalam Sijil Kecantikan Dandanan selama 2tahun. Kini saya menyambung lagi pelajaran saya di Geomatika College International, Setiawangsa Kuala Lumpur dan mengambil Kursus Kecantikan dan Kesihatan selama 1 1/2 thn. Saya berminat menyambungkan pelajaran disini kerana Geomatika College International telah membuatkan diri saya merasa yakin untuk mencapai cita-cita saya dan Kolej ini sangat sesuai untuk semua yang berminat dalam kemahiran. Pensyarah2 disini telah membuatkan diri saya yakin dan maju kehadapan. Saya dapat rasa perubahan kreativiti saya yang lemah pada makeup dan kini semakin kreatif. I LOVE GEOMATIKA ^_^