Sabtu, 16 Julai 2011

MENGAPA SAYA SAYANG GEOMATIKA COLLEGE INTERNATIONAL



Saya sayang Geomatika College International kerana sebelum ini saya telah mengambil subjek ini dari saya tingkatan 4 lagi. Pada asalnya saya memang tidak suka tentang kecantikan kerana bagi saya pada masa itu kecantikan ini merimaskan saya, dan dengan izin-Nya 'maybe'inilah yang yang tertulis untuk saya bekerja dalam kerjaya ini pada masa akan datang. Saya bersyukur kerana selepas saya mula belajar tentang kecantikan, saya berjaya melanjutkan pelajaran saya ke tahap Diploma dan kini saya sedang menyambung pelajaran di Geomatika College International. Saya sangat suka mendandan diri saya sendiri dan saya suka pada kesihatan ini kerana saya berazam ingin menurunkan berat badan saya. Kecantikan dan Kesihatan adalah milik setiap insan dan menjadi mahkota setiap wanita. Bidang ini telah mengajar saya dalam banyak pekara terutamanya dalam segi kesihatan dan penampilan diri saya. Dulu saya kelihatan 'buruk' dan kini alhamdulillah saya sudah kelihatan berbeza daripada dulu. Pensyarah-pensyarah Geomatika College International telah memberi saya keyakinan untuk berani menampilkan diri pada orang ramai dan juga telah memberi saya pengetahuan yang luas tentang kecantikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan